Saja Borak-borak

Assalamualaikum...

Percaya atau tidak, kebanyakan bahan bacaan generasi muda sekitar 7 hingga 20 tahun di Malaysia ketika ini ialah komik. Ini hakikat yang harus diteliti kerana melalui pembacaanlah pemikiran kita dibentuk. Segala nilai dan pengalaman-walaupun sekadar dalam bentuk penulisan ialah info yang akan diproses dan disimpan dalam minda mereka dan akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian, samada sedar atau tidak.

KOMIK VS BUKU

Mengapa kebanyakan generasi muda memilih komik berbanding buku biasa. Mudah sahaja, ianya kerana komik mempunyai lebih banyak gambar daripada perkataan!! Otak manusia lebih mudah merakamkan gambar berbanding perkataan kerana ianya lebih ringkas untuk diproses oleh otak. Jangan lupa 90% daripada pengetahuan manusia datang dari mata. Jika sedap mata memandang, maka makin "seronok" otak memprosesnya. "Less work but effective" kata orang putih.

Komik juga tidak memerlukan penerangan yang kompleks untuk menerangkan plot ceritanya. "A picture speak thousand words", malah kebanyakan pelukis komik-bukan semua-amat teliti dalam menghasilkan karya mereka. Ini menyebabkan golongan peminat komik bukan sahaja melibatkan mereka yang boleh membaca, tetapi seawal 3 tahun sudah boleh "membaca" komik. Ini menjadikan komik sebenarnya telah menjadi alat penyampaian maklumat yang berkesan terutamanya bagi golongan muda.

BAGUS KE KOMIK NIH?

Kebanyakan ibubapa menolak nilai maklumat yang terdapat dalam sesebuah komik kerana bagi mereka komik hanyalah sejenis hiburan kosong yang tidak membawa apa-apa makna. Justeru, komik dibeli sambil lewa, tanpa meneliti isi kandungannya. Namun mereka lupa bahawa hiburan kosong itulah yang kelak membentuk pola pemikiran, nilai akhlak dan imaginasi anak-anak mereka. Ibubapa juga seringkali menganggapkan bahawa hanya terdapat satu jenis komik sahaja, iaitu komik kanak-kanak.

AWAS!! Di Jepun, terdapat pelbagai genre komik yang WAJIB ditapis kerana ianya melibatkan pembaca yang lebih dewasa, isi kandungannya lebih matang, ganas dan penuh unsur-unsur seks. Keadaan di Jepun bolehlah difahami kerana mereka ialah sebuah bangsa yaang keliru dari aspek agamanya, malah tidak keterlaluan rasanya jika saya katakan bangsa Jepun ialah bangsa yang memegang fahaman free-thinker (bukan semua ye?).

Tetapi di Malaysia, senarionya berbeza. Masyarakat kita -Melayu- berpegangkan kepada ISLAM sebagai sumber penentuan nilai dan moral. Maka kebanyakan komik perlu ditapis-terutamanya dari Jepun-bagi memastikan tiada kekeliruan minda yang bakal berlaku dalam minda generasi muda kita. Ini sangat merisaukan saya secara peribadinya kerana lambakan komik di pasaran kita yang seolah-olah tiada siapa yang mengawalselia kemasukan dan kandungan komik ke negara kita.

KESIMPULAN

Membaca komik tidaklah salah kerana ianya memberikan ruang yang sangat luas kepada minda generasi muda untuk berimaginasi dan menjadi lebih kreatif. Tetapi haruslah dikawalselia kerana kandungan komik sekarang amat berbeza dengan 20-30 tahun lepas. Perhalusi isi kandungan komik tersebut agar pemikiran anak-anak kita tidak keliru seperti bangsa-bangsa lain.

-terpaksa berhenti dahulu disini, ada kelas -

Assalamulaikum

p/s : saya terjumpa sebuah komik online ini, sangat heart warming, dah lama saya tidak membaca komik yang boleh menyebabkan saya terharu dan mengeluarkan perkataan "Ooh...Aaa..Alahai sweetnya-etc-", tapi ini untuk pembaca dewasa sahaja. Komik bertajuk "Otoyomegatari" karya Mori Kaoru. Boleh diakses di OneManga.com

0 comments:

Post a Comment

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates