MENAHAN MARAH

Assalamualaikum...

"SNAP OUT!"

Kelmarin ( Selasa 5/1/2010), tiba-tiba fius dalam kepala hotak saya ni terputus dek perangai anak-anak murid saya yang bersikap amat sombong dalam program Hari Orientasi di Pusat Tuisyen saya. Hampir-hampir saja saya melampiaskan kemarahan saya pada student tersebut dengan mencekik batang lehernya (SERIUS!!). Mujurlah Pengetua menarik pelajar tersebut keluar dari kelas dan jauh dari pandangan saya. Kalau tak, silap-silap jadi kes polis agaknya..huhuhuu..

SOMBONG

Sudah menjadi tabiat saya untuk SANGAT TIDAK menyukai orang-orang yang berlagak "high and mighty" atas usaha orang lain, apatah lagi dalam kes kelmarin, pelajar tersebut berlagak di atas harta mak bapaknya yang bagi saya, belum tentu lagi jadi miliknya- entah muflis ke, bankrup ke, dan 1001 kemungkinan lagi, dan tidak mahu berkenalan dengan orang lain yang -pada hemat pelajar itu, lebih miskin daripadanya- bagi saya manusia tidak layak berlagak sombong kerana apa sahaja yang dimilikinya bukan hakiki tapi milik ALLAH YANG MAHA KAYA jualah hendaknya.

AMARAH

Saya juga tahu MELETUPNYA saya kelmarin adalah sesuatu yang SANGAT tidak bagus samada dari sudut kawalan diri saya ataupun dari aspek agama. Marah adalah nafsu (kehendak), mengikut Nabi s.a.w adalah yang sangat buruk. Ianya menghilangkan fungsi akal dan akhlak sebagai manusia sehingga ke taraf binatang. Bila terkenangkan kembali keadaan saya ketika marah tempoh hari, alangkah buruknya keadaan saya ketika itu, malah malu sebenarnya!

SABAR

"Sabar itu separuh dari iman"

Itu yang dinyatakan dalam pepatah melayu. Dalam Islam juga, nabi Muhammad saw memberitahu pada ummat baginda bahawa Allah sangat mencintai orang-orang yang sabar, maka disyariatkan ibadah puasa. Puasa melatih kesabaran, malah ada pintu khas untuk orang yang kuat berpuasa masuk Syurga. Tapi adakah saya orang yang sabar? So far, hmmm...GUA FIKIRLAH SENDIRI!!

Teringat cerita "Anger Management"



Huhuhuhuuu...

Assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates