European Champions League


Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera

Awal pagi ini saya bangun agak awal, iaitu pada 4.00 am, actually sebenarnya saya terjaga kerana gigitan nyamuk yang bermaharajalela di kaki dan lengan saya. Namun, apabila terdengar jerit sorak yang bergema di awal pagi, terus segar bugar mata saya.

"Eh? Bukan malam ni Final Champions League ke?!!!"

Melompat saya dari tilam ( sori, dramatik sikit..heh heh heh) terus mencapai remote control TV dan Astro dan menekan butang ON.

TUP!! TV terbuka..

Terpapar di skrin TV, M.U vs BARCELONA, dengan masa perlawanan yang telah berlangsung selama 50 minit (lebih kurang laa), dan keputusannya ialah M.U 0 - Barca 1. Gol pertama dijaringkan oleh Samuel Eto'o pada minit yang ke 10.

"Hmm, dah 1-0? Macamana M.U main nie?", gerutu hati saya.

Kemudian pada minit yang ke 70, hasil hantaran pemain sayap Barca, Lionel Messi berjaya menanduk masuk dan menewaskan Van de Sarr,

"GOAL!!!!!!"

Bergema lagi teriakan suara peminat-peminat Barca/bukan peminat Barca pun tapi mungkin penyokong Liverpool, Chelsea atau Arsenal yang tidak menyokong United. Hati saya hancur dan terus TV pun ditutup.

"Comfirm kalah la M.U nie", bisik hati saya.

7.00 am pagi ini, saya terfikir, pasal ape la M.U main teruk sangat? Apabila difikirkan, teringat kembali barisan pemain M.U yang diturunkan oleh pengurusnya, Sir Alex Ferguson ketika permulaan perlawanan akhir semalam, maka saya membuat kesimpulan yang berikut :

  • C.Ronaldo tidak patut sama sekali diletakkan di hadapan sebagai striker. Dia seorang pemain sayap yang bagus, hantarannya tepat, dan dia lebih merbahaya apabila bermain di posisi sayap. Bukannya sebagai striker.
  • C.Teves/R.Giggs yang sepatutnya diturunkan sebagai striker menggantikan posisi C.Ronaldo. Dia lebih berkesan sebagai striker.
  • Barisan tengah - midfield M.U sangat lemah. Manakala midfielder Barca sangat cemerlang awal pagi tadi. Kawalan bola dan penguasaan bola yang sangat bagus di tengah kawasan padang, melayakkan Barca layak menang perlawanan akhir ini.
  • Kawalan yang cukup bagus di bahagian defence oleh Barca menyekat C.Ronaldo dan W.Rooney daripada bergerak dan melakukan pass menambahkan lagi kebengongan United.
Kesimpulan saya, ianya kesilapan taktikal oleh Manchester United. Dan bayarannya ialah sebuah perlawanan akhir yang berat sebelah, agak bosan (bagi saya - walaupun saya tengok 2nd half je) dan mengecewakan peminat United.

TAHNIAH kepada Barcelona, TAHNIAH kepada jurulatih Barca yang muda -baru 38 tahun, dan TAHNIAH kepada semua peminat Barcelona atas kejayaan anda semua.

Kepada peminat Manchester United, takpelah. Tahun depan ada lagi.

Kepada students saya, Rajen, Kevin, Sharenth, Pa'an- puas hati la korang yek?

Kepada students saya yang lain, Neeraj, Kavya, Cha'er, Nain - kita senyap je laa, apapun trofi Premier League kita dah menang kan?

Kepada my tamby - Mr Zacky, biorlah budak-budak nie nak seronok sekarang, habis cuti sekolah nie, diorang ada exam dengan kita, sengsaralah diorang. Muahahahahahaaa...

Assalamualaikum..

Perihal Di Rumah Sewa


Assalamualaikum,Salam Sejahtera

Keadaan di rumah sewa saya dalam 2 minggu ini berada dalam keadaan yang agak susah. Maksud kesusahan itu bukanlah bermakna kami ahli Teratak Impian (nama yang diberikan oleh Sedare Shah) bergaduh atau bermasam muka. Cuma keadaan yang agak menekan yang menjadi cabaran kami di rumah ini.

Serba sedikit kesusahan itu, kalaupun bukan di alami oleh semua ahli rumah, hanya seorang dua, kesannya terasa juga oleh ahli rumah yang lain. Misalnya, 2 minggu sebelum ini saya demam. Pesen (style cakap orang Pahang) saya demam memang teruk! Kalau tak muntah/cirit birit yang berterusan, yang akhirnya menyebabkan saya tercampak dalam keadaan dehidrasi (dehydrated) yang teruk, memang tak sah!! Akhirnya, setelah di laser oleh Abg Zahar,Zacky, anak-anak murid saya, maka saya pun pergilah ke PPUM(Pusat Perubatan Universiti Malaya) untuk mendapatkan rawatan. Sesampainya saya di sana, terus dikejarkan ke bahagian Trauma dan Kecemasan kerana dehidrasi, dan dikejarkan ke sana hanya semata untuk menunggu 30 minit lagi di lobi(halaman) Trauma dan Kecemasan. Kerana lama menunggu, saya muntah di depan Dewan Konsultasi. Nasib baik bawak plastik.Haiii...teringat komen Abg Zahar,

"Laa,ingatkan dapat masuk terus,rupanya dah tertulis signboard HARAP BERSABAR awal-awal kat muka pintu dewan nie. Memang kena tunggu lama la jawabnya!"

Setelah dimasukkan 2 plastik (botol) air, dan dengan keputusan ujian darah yang memuaskan, saya bertenaga semula dan dibenarkan keluar wad. Tetapi sepanjang saya sakit itu, semua ahli rumah saya terasa kesannya. Sebagai contoh, Ust Pojie yang juga roomate saya, terpaksa tidur di luar, kerana memberi laluan kepada saya untuk tidur di dalam bilik tanpa berkipas. Abg Zahar,Alias dan Iidil,kerap bertanyakan khabar saya setiap kali lalu di hadapan bilik saya.

Minggu lepas, Ust Pojie pulak demam, kalau dikirakan, dah 3 kali jugak la beliau nie demam. Risau jugak, dan demam kali ini agak teruk dan menyebabkan beliau bercuti selama 3 hari. Semua ahli rumah ini juga terasa kesannya. Perasan kasihan, simpati menyebabkan kami cuba menolong sebaik mungkin. Alhamdulillah, beliau sudah sembuh sepenuhnya, dan telah membotakkan kepala beliau. Tak tahu la kerana nazar sudah sembuh, atau kerana nak menghilangkan haba dalam badan. (orang tua-tua kata,botak kepala panas kat dalam badan tu hilang cepat sikit,sebab takde halangan-rambut laa maksudnya tuu)

Selain masalah kesihatan yang melanda ahli rumah, masalah-masalah lain juga melanda rumah ini. Dahulu TV dirumah ini tidak boleh keluar imejnya. Suis dah dipasang,remote dah ditekan,tetapi gambar yang ditunggu tiada munculnya. Alhamdulillah, dah diselesaikan setelah dibaiki oleh saya(bukan terer sangat pun,tekan-tekan butang remote jer).

Sekarang, masalah baru pula timbul, mesin basuh pula tidak boleh berfungsi. Untuk kami yang bujang ini, mesin basuh amatlah penting kerana kami semua malas nak membasuh,memberus,merendam dan membilas menggunakan cara tradisional (pakai tanganlah maksudnye). Maka bertimbun-timbunlah baju yang tak berbasuh di belakang rumah tuu.

Hari ini, ketua rumah, En Alias bercadang hendak menghantar mesin basuh tersebut ke kedai elektrik. Hmmm,moga-moga jadilah perancangan beliau,agar semua baju-baju kami di belakang rumah, bersih kembali.Heh heh heh..Begitulah serba sedikit perihalnya di rumah sewa ini. Banyak asam garamnya,tapi tetap kekal mesra bahagia sesama kami. Alhamdulillah..saya beruntung menjadi salah seorang penghuninya.

Teringat pulak iklan Petronas suatu ketika dahulu,

" Kenapa saya suka rumah saya?Kenapa saya suka rumah saya?,"

Banyak kenangannya di rumah saya ini...

Assalamualaikum..

My first POST!!



Bismillahirrahmanirrahiim...
With the name of ALLAH, The Most Gracious and Merciful..

Assalamualaikum dan salam sejahtera DUNIA

Akhirnya saya dapat juga men”join” komuniti gaya hidup terkini, iaitu mempunyai blog sendiri. Alhamdulillah, setelah niat di hati nak menulis, berkongsi pengalaman hidup saya dengan DUNIA – Yup!! My target ialah seluruh dunia boleh baca blog saya nie, asyik terbantut dek bebanan kerja yang bertimbun-timbun macam hape…dapat jugak petang Jumaat ini- ditemani lagu“Andaiku Pergi” nyanyian Mirwana - one of my faveret group, saya coretkan catatan/coretan saya yang pertama di alam maya ini.


My konsep of my blog is – berkongsi apa saja yang ada dalam minda saya, dan dapat mencurahkan segala buah fikiran tentang apa sahaja isu – politik, pendidikan ( next post saya bagitau apa pekerjaan saya ), atau tentang kehidupan sekeliling saya.


Sebenarnya, ini ialah percubaan kedua saya untuk memiliki, mengurus dan menulis blog sendiri. Suatu ketika dahulu, pernah saya menulis dalam sebuah blog kepunyaan rumah sewa ini- yup, kami satu rumah pernah mempunyai satu blog yang sama!!, dipanggil Seven Heroes, namun setelah roommate saya, Mr Tengku Azlan dah kahwin, takde sape yang mahu menguruskan blog tersebut. Maka berkuburlah blog tersebut, dengan saya sekali pun masuk “kubur” jugak, kerna tiada tekanan dan keperluan ketika itu.


Namun, setelah melihat begitu besarnya pengaruh blog ini kepada kehidupan masyarakat sekarang, dan ianya telah menjadi trend kehidaupan terkini, saya tidaklah mahu dikatakan ibarat katak di bawah tempurung, even roommate saya yang baru pun ada blog, Mr Fauzi a.k.a Pogie,takkan saya takde blog? Make sense tak?


Ala kulli hal,(by the way laa-kata omputeh), semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus menulis dan mengurus blog ini. Semoga Allah memberkati anda semua!!


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh..

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates