Perihal Di Rumah Sewa


Assalamualaikum,Salam Sejahtera

Keadaan di rumah sewa saya dalam 2 minggu ini berada dalam keadaan yang agak susah. Maksud kesusahan itu bukanlah bermakna kami ahli Teratak Impian (nama yang diberikan oleh Sedare Shah) bergaduh atau bermasam muka. Cuma keadaan yang agak menekan yang menjadi cabaran kami di rumah ini.

Serba sedikit kesusahan itu, kalaupun bukan di alami oleh semua ahli rumah, hanya seorang dua, kesannya terasa juga oleh ahli rumah yang lain. Misalnya, 2 minggu sebelum ini saya demam. Pesen (style cakap orang Pahang) saya demam memang teruk! Kalau tak muntah/cirit birit yang berterusan, yang akhirnya menyebabkan saya tercampak dalam keadaan dehidrasi (dehydrated) yang teruk, memang tak sah!! Akhirnya, setelah di laser oleh Abg Zahar,Zacky, anak-anak murid saya, maka saya pun pergilah ke PPUM(Pusat Perubatan Universiti Malaya) untuk mendapatkan rawatan. Sesampainya saya di sana, terus dikejarkan ke bahagian Trauma dan Kecemasan kerana dehidrasi, dan dikejarkan ke sana hanya semata untuk menunggu 30 minit lagi di lobi(halaman) Trauma dan Kecemasan. Kerana lama menunggu, saya muntah di depan Dewan Konsultasi. Nasib baik bawak plastik.Haiii...teringat komen Abg Zahar,

"Laa,ingatkan dapat masuk terus,rupanya dah tertulis signboard HARAP BERSABAR awal-awal kat muka pintu dewan nie. Memang kena tunggu lama la jawabnya!"

Setelah dimasukkan 2 plastik (botol) air, dan dengan keputusan ujian darah yang memuaskan, saya bertenaga semula dan dibenarkan keluar wad. Tetapi sepanjang saya sakit itu, semua ahli rumah saya terasa kesannya. Sebagai contoh, Ust Pojie yang juga roomate saya, terpaksa tidur di luar, kerana memberi laluan kepada saya untuk tidur di dalam bilik tanpa berkipas. Abg Zahar,Alias dan Iidil,kerap bertanyakan khabar saya setiap kali lalu di hadapan bilik saya.

Minggu lepas, Ust Pojie pulak demam, kalau dikirakan, dah 3 kali jugak la beliau nie demam. Risau jugak, dan demam kali ini agak teruk dan menyebabkan beliau bercuti selama 3 hari. Semua ahli rumah ini juga terasa kesannya. Perasan kasihan, simpati menyebabkan kami cuba menolong sebaik mungkin. Alhamdulillah, beliau sudah sembuh sepenuhnya, dan telah membotakkan kepala beliau. Tak tahu la kerana nazar sudah sembuh, atau kerana nak menghilangkan haba dalam badan. (orang tua-tua kata,botak kepala panas kat dalam badan tu hilang cepat sikit,sebab takde halangan-rambut laa maksudnya tuu)

Selain masalah kesihatan yang melanda ahli rumah, masalah-masalah lain juga melanda rumah ini. Dahulu TV dirumah ini tidak boleh keluar imejnya. Suis dah dipasang,remote dah ditekan,tetapi gambar yang ditunggu tiada munculnya. Alhamdulillah, dah diselesaikan setelah dibaiki oleh saya(bukan terer sangat pun,tekan-tekan butang remote jer).

Sekarang, masalah baru pula timbul, mesin basuh pula tidak boleh berfungsi. Untuk kami yang bujang ini, mesin basuh amatlah penting kerana kami semua malas nak membasuh,memberus,merendam dan membilas menggunakan cara tradisional (pakai tanganlah maksudnye). Maka bertimbun-timbunlah baju yang tak berbasuh di belakang rumah tuu.

Hari ini, ketua rumah, En Alias bercadang hendak menghantar mesin basuh tersebut ke kedai elektrik. Hmmm,moga-moga jadilah perancangan beliau,agar semua baju-baju kami di belakang rumah, bersih kembali.Heh heh heh..Begitulah serba sedikit perihalnya di rumah sewa ini. Banyak asam garamnya,tapi tetap kekal mesra bahagia sesama kami. Alhamdulillah..saya beruntung menjadi salah seorang penghuninya.

Teringat pulak iklan Petronas suatu ketika dahulu,

" Kenapa saya suka rumah saya?Kenapa saya suka rumah saya?,"

Banyak kenangannya di rumah saya ini...

Assalamualaikum..

0 comments:

Post a Comment

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates