HARGA GULA NAIK


Assalamualaikum...

Gula di negara kita naik lagi,maka semua harga kuih yang manis-manis akan naik,minuman yang bergula akan naik harga.

BERAPA?ikut suka hati peniaga..

"KELAKAR"

Yang "kelakar"nya, kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa KOPITIAM boleh naikkan harga,tetapi pengusaha kantin sekolah tidak boleh naikkan harga.Alahai kerajaanku,macamana la pengusaha kantin tu nak buat untung kalau tak boleh naikkan harga sedangkan kos dah naik?Yang lagi "kelakar",kerajaan menghentam eating habit rakyat Malaysia yang kuat mengambil gula.

TABIAT MAKAN VS KESAN KENAIKAN

Tidak dinafikan,MEMANG rakyat Malaysia adalah segolongan manusia yang selalu mengambil lebih jumlah makanan daripada yang sepatutnya,dan kita rakyat MALAYSIA sangat mudah terdedah dengan penyakit seperti diabetes melitus(kencing manis),dan lain-lain akibat tabiat permakanan yang tidak sihat diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

TETAPI,takkanlah sampai TERPAKSA mengeluarkan kenyataan bahawa untuk mengawal KESAN KENAIKAN harga gula nie,maka rakyat Malaysia terpaksa mengurangkan kandungan gula dalam minuman dan makanan mereka,sekaligus boleh mangawal "mahalnya" harga makanan harian kita.

AGAK-AGAKNYA, KALAU HARGA MILO AIS DI KEDAI MAKAN IALAH RM1.80, KALAU KITA MINTAK KURANG MANIS@GULA-mangikut saranan kerajaan "kononnya", HARGA MILO AIS TUH TURUN JADI RM 1.60 tak?

LU FIKIRLAH SENDIRI!!!

0 comments:

Post a Comment

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates